Monday 2 June 2014

Mereka yang kecil pemerhati yang baik

Aku mengaku bukanlah seorang yang konsisten mengerjakan solat ketika awal waktu,apatah lagi tepat waktu. Namun, aku sentiasa cuba memperbaiki diri dan ia bukanlah mudah. Dari masa ke masa, aku menggagahkan diri. Malah mungkin dengan cara yang kelihatan simple. Antaranya, aku cuba konsisten mengekalkan channel tv di channel tv Alhijrah. Puncanya kerana setiap kali sebelum azan, biasanya akan ada siaran live dari Masjidilharam. Sekaligus memberi ingatan kepada aku bahawa akan azan sebentar lagi. Kesempatan itu aku gunakan untuk membersihkan diri, yakni berwudhuk.Maka ketika azan berkumandang,aku sudah bersiap di tempat solat. Tanpa aku sedari, rupanya hal ini diperhatikan oleh Veenea. Hinggalah suatu malam ketika masuk waktu Isyak, kebetulan aku sedang sibuk menyusun kain baju sambil menunggu mesin basuh siap. Malah dalam proses mengemas rumah. Niatku, tidak mengapa kot... lepas sudah semua kerja, barulah aku solat...lagipun waktu Isyak kan panjang... Tanpa diduga, ketika Mawi mula melaungkan azan di tv, Veenea berkata, "umi, it's azan." sambil menarik telekung meminta aku solat. Terkedu aku sekejap.Benarlah... anak itu cerminan diri ibu dan ayahnya. Mereka mungkin tidak ingat apa yang kita beritahu secara lisan,tapi mereka ingat apa yang kita buat dan mereka boleh lihat. Hal ini menjentik hati nuraniku.betapa penting kita sebagai ibu mahupun ayah melaksanakan perkara wajib...menunjukkan akhlak yang baik meskipun kita rasa anak masih terlalu kecil untuk memahami..

Thursday 10 April 2014

Sebetulnya...aku rindu!

Aku kembali berblog.

Dan ini adalah blog baru aku. Setelah lama berehat, aku akhirnya harus mengaku betapa rindu mahu bercatatan lagi di ruangan ini.

Alhamdulillah, aku semakin banyak mendapat ilham akhir-akhir ini. Mungkin rezeki anak-anak kan?
wait? ya, anak-anak. One on the way! Alhamdulillah. Setelah lama menunggu, akhirnya Vee Jr bakal mendapat adik lagi. Yang paling teruja sudah tentulah daddynya. Meskipun di luaran dia kelihatannya langsung tidak menampakkan, aku sangat memahami perangai dia yang satu ini. Semasa Vee Jr dulu pun dia buat-buat cool. Hanya selang beberapa jam selepas mendapat tahu kepositifan kehamilan ini, dia sudah menyuarakan cadangan untuk bersalin di hospital mana.

Memandangkan kehamilan kali ini lebih teruk alahannya, aku sesungguhnya sangat berterima kasih kepada Allah kerana daddy Vee Jr dan bakal junior yang seorang ini lagi begitu mengambil berat dan senantiasa memenuhi setiap hal keidamanku. :) Maaf Be, kerana muntah-muntah yang berpanjangan ini membuatkan aku tidak betah menghiris bawang di dapur.

Ini sebetulnya post yang paling pertama. Jadi, mana-mana link di dalam blog ini masih terlalu baru dan tidak menuju ke mana-mana. Semuanya dalam bikinan.

Alhamdulillah.
Semoga pelangi ini tiada calarnya. Amin..
Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah.