Monday 2 June 2014

Mereka yang kecil pemerhati yang baik

Aku mengaku bukanlah seorang yang konsisten mengerjakan solat ketika awal waktu,apatah lagi tepat waktu. Namun, aku sentiasa cuba memperbaiki diri dan ia bukanlah mudah. Dari masa ke masa, aku menggagahkan diri. Malah mungkin dengan cara yang kelihatan simple. Antaranya, aku cuba konsisten mengekalkan channel tv di channel tv Alhijrah. Puncanya kerana setiap kali sebelum azan, biasanya akan ada siaran live dari Masjidilharam. Sekaligus memberi ingatan kepada aku bahawa akan azan sebentar lagi. Kesempatan itu aku gunakan untuk membersihkan diri, yakni berwudhuk.Maka ketika azan berkumandang,aku sudah bersiap di tempat solat. Tanpa aku sedari, rupanya hal ini diperhatikan oleh Veenea. Hinggalah suatu malam ketika masuk waktu Isyak, kebetulan aku sedang sibuk menyusun kain baju sambil menunggu mesin basuh siap. Malah dalam proses mengemas rumah. Niatku, tidak mengapa kot... lepas sudah semua kerja, barulah aku solat...lagipun waktu Isyak kan panjang... Tanpa diduga, ketika Mawi mula melaungkan azan di tv, Veenea berkata, "umi, it's azan." sambil menarik telekung meminta aku solat. Terkedu aku sekejap.Benarlah... anak itu cerminan diri ibu dan ayahnya. Mereka mungkin tidak ingat apa yang kita beritahu secara lisan,tapi mereka ingat apa yang kita buat dan mereka boleh lihat. Hal ini menjentik hati nuraniku.betapa penting kita sebagai ibu mahupun ayah melaksanakan perkara wajib...menunjukkan akhlak yang baik meskipun kita rasa anak masih terlalu kecil untuk memahami..